Thursday, March 5, 2009

Maklumat sambung belajar belum mencukupi


KUCHING: Kerajaan negeri mendapati kebanyakan lepasan sekolah di negeri ini masih tidak mendapat maklumat mencukupi mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) atau institusi kemahiran. Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri, (Sumber Manusia dan Latihan Datin Fatimah Abdullah, berkata masalah itu dikhuatiri akan menyebabkan mereka memilih IPT atau jurusan pengajian yang tidak bertepatan dengan kemampuan dan minat mereka sekali gus kehendak pasaran buruh tempatan. Beliau berkata, meskipun di peringkat sekolah terdapat Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya namun ramai pelajar lepasan tingkatan lima dan enam di negeri ini masih kekurangan maklumat mengenai peluang melanjutkan pendidikan ke IPT atau institut latihan kemahiran.
Katanya, masalah itu terus berlaku walaupun pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) atau pihak IPT kerap mengadakan pameran pendidikan dari semasa ke semasa. "Ini menyebabkan ramai lepasan sekolah membuat keputusan pemilihan IPT dan jurusan pengajian mereka berdasarkan maklumat terhad yang diperoleh dari rakan-rakan dan kemungkinan besar tidak tepat atau bukan keputusan terbaik," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN

2 comments:

  1. selamat dtg ke dunia bloggers...

    ReplyDelete
  2. singgah lah rah blog penerangan daro → http://penerangandaro.blogspot.com

    ReplyDelete