Sunday, March 22, 2009

Sasar 1,000 Belia Mahir Selenggara Telefon Bimbit

KUCHING: Kerajaan Negeri bercadang memberi kemahiran membaiki telefon bimbit kepada 1,000 belia di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan potensi luas dalam bidang perniagaan komunikasi. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Naroden Majais, berkata bagi mencapai sasaran itu, Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera akan memperbanyakkan kursus memperbaiki telefon bimbit khusus kepada golongan belia. "Dalam tempoh dua tahun dari sekarang, kita mensasar menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 belia Bumiputera yang memiliki pengetahuan membaiki dan menyelenggara telefon bimbit," katanya ketika merasmikan penutupan kursus memperbaiki telefon bimbit di Pejabat Biro Wanita, Petra Jaya, di sini, semalam.
Seramai 50 peserta menyertai kursus yang pertama kali dianjurkan unit berkenaan dengan harapan lebih ramai generasi muda di sekitar kawasan ini berminat menyertainya. Naroden berkata, pihaknya melihat penggunaan telefon bimbit yang semakin meluas di kalangan rakyat boleh memberi peluang perniagaan kepada mereka yang mahir memperbaiki dan menyelenggara alat komunikasi berkenaan. "Dengan semakin popularnya telefon bimbit dikalangan semua peringkat umur penduduk di bandar dan luar bandar, permintaan terhadap pembukaan perniagaan berasaskan alat itu akan turut meningkat.
"Pada masa ini masalah utama kepada pengguna telefon bimbit ialah mereka dikenakan bayaran tinggi untuk memperbaiki telefon bimbit walaupun masalah yang dihadapi cuma kecil," katanya. Beliau berkata, masalah itu disebabkan ketika ini hanya sedikit individu yang mahir memberi perkhidmatan itu berikutan tidak ramai memiliki kemahiran berkenaan walaupun perniagaan itu mudah diusahakan serta memerlukan yang modal rendah. "Golongan belia Bumiputera boleh mengurangkan kos awal sekiranya berani menjalankan perniagaan terbabit dari rumah sebelum memiliki premis sendiri setelah perniagaan mereka berkembang. "Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera akan melatih mereka dengan kemahiran asas membaiki telefon bimbit tetapi mereka perlu bersedia menjalani latihan lanjutan di Institut Keusahawanan di Kuala Lumpur nanti," katanya. Sumber : BERITA HARIAN 23.03.2009

Persiapan Membuat Astaka Tilawah Quran





















Kelihatan beberapa orang ahli komuniti bestari kpg Tian, Matu membantu membuat astaka bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Matu yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Mac, 2009. Bendahari K-Bestari Tian, berbaju biru sempat karaoke semasa berehat selepas membuat astaka.

Tuesday, March 10, 2009

LIVERPOOL MENANG BESAR


Liverpool telah menang dengan bergaya menewaskan Real Madrid dengan jaringan 4 – 0. Syabas Liverpool , You’ll Never Walk Alone.. WE’RE LIVERPOOL
Penjaring gol kemenangan liverpool
16' Torres
28' Gerrard (PK)
47' Gerrard
85' Andrea Dossena

Maulidur Rasul 1430 H di Masjid Darul Iman Kpg Kuala Matu, Matu
















Monday, March 9, 2009

RUKUNEGARA OH RUKUNEGARA

Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:
Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama :Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak:Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan


Namun persoalan yang timbul sekarang ini adalah Adakah Rakyat Malaysia pada hari ini masih lagi menghayati dan melaksanakan Rukun Negara? Jika kita masih ingat, sejak dari sekolah rendah kita dididik dengan membaca ikrar Rukun Negara pada setiap kali perhimpunan sekolah. Adakah ketika kita melaungkan ikrar Rukun Negara kita betul-betul menghayati prinsip Rukun Negara? Namun adakah hari ini setelah lama meninggalkan zaman persekolahan kita masih lagi mengingati prinsip-prinsip Rukun Negara?

Persoalan-persoalan ini boleh dijawab jika kita melihat senario dan situasi yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Keberkesanan dan penghayatan Rukun Negara jika diamalkan dengan baik oleh semua lapisan masyarakat, maka negara kita akan mencapai negara Maju dengan mudah dan tanpa masalah. Prinsip asas penubuhan sebuah negara iaitu politik, pendidikan, ekonomi dan sosial jika amal serta dijiwai, penghayatan Rukun Negara akan mendatang hasil yang terbaik kepada rakyat dan masyarakat.

Senario politik negara yang sedang mengalami satu fasa evolusi ini, menampilkan bukti kukuh bahawa penghayatan Rukun Negara di kalangan rakyat negara ini masih tidak secara sepenuhnya. Jika seseorang pemimpin yang sentiasa menjadi role model kepada rakyat tidak menunjukkan contoh yang baik, maka kesannya pada rakyat juga pasti akan tidak baik. Pemimpin yang disanjung oleh rakyat jika melanggar prinsip Rukun Negara maka tidak layaklah menjadi pemimpin. Seorang pemimpin sepatutnya menjadi pelaksana dan pengamal prinsip-prinsip bukannya melanggari prinsip-prinsip itu.

Namun sikap pemimpin yang diharap menjadi pelaksana serta pengamal telah jauh terpesong daripada amalan rukunegara, sehingga kan sering kali kita lihat melalui media elektronik mereka-mereka ini bersikap seperti keanak-anakkan

Kesemua prinsip yang ada itu merangkumi kesemua aspek seperti Ketuhanan, Nilai-nilai kehidupan dan Kepimpinan wajar dijadikan panduan kepada kehidupan kita seharian. Perkara yang baik harus diamalkan supaya nilai diri kita dan negara akan sentiasa meningkat.

Pening kepala memikirkan sikap rakyat kita sekarang ini. Adat ketimuran sudah tak diamalkan lagi. Oleh itu kita harus merenung kembali dimana hala tuju kita selepas ini. Apa yang bakal terjadi kepada generasi masa depan kita jika kita masih tak menghayati rukunegara?????????

Thursday, March 5, 2009

Maklumat sambung belajar belum mencukupi


KUCHING: Kerajaan negeri mendapati kebanyakan lepasan sekolah di negeri ini masih tidak mendapat maklumat mencukupi mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) atau institusi kemahiran. Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri, (Sumber Manusia dan Latihan Datin Fatimah Abdullah, berkata masalah itu dikhuatiri akan menyebabkan mereka memilih IPT atau jurusan pengajian yang tidak bertepatan dengan kemampuan dan minat mereka sekali gus kehendak pasaran buruh tempatan. Beliau berkata, meskipun di peringkat sekolah terdapat Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya namun ramai pelajar lepasan tingkatan lima dan enam di negeri ini masih kekurangan maklumat mengenai peluang melanjutkan pendidikan ke IPT atau institut latihan kemahiran.
Katanya, masalah itu terus berlaku walaupun pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) atau pihak IPT kerap mengadakan pameran pendidikan dari semasa ke semasa. "Ini menyebabkan ramai lepasan sekolah membuat keputusan pemilihan IPT dan jurusan pengajian mereka berdasarkan maklumat terhad yang diperoleh dari rakan-rakan dan kemungkinan besar tidak tepat atau bukan keputusan terbaik," katanya.
SUMBER: BERITA HARIAN

Wednesday, March 4, 2009

kpg tian











saya lahir berasal dari kpg tian matu. Kpg tian merupakan salah sebuah kpg yang mempunyai penduduk yang ramai dalam daerah matu. majoriti penduduk adalah org melanau. Di dalam kpg tian masih menggunakan titi belian sebagai perhubungan. Itulah yg unik nya di kpg tian.