Sunday, April 19, 2009

IKAN " TEBAWAN"

belang ikan ni macam harimau belang

sesuai untuk dipelihara dalam akuarium

Ikan ini dikenali sebagai ikan " tebawan" oleh penduduk di daerah matu dan nama sebenar ikan ini saya pun tak tau. Ia jarang djumpai dan cara menangkapnya hanya menggunakan jala. Ia dijadikan sebagai ikan perhiasan dalam akuarium dan memerlukan penjagaan yang rapi. Kepada yang berminat boleh lah berhubung dengan saya..heheheh


Wednesday, April 15, 2009

Tahniah Buat Encik Philip Peter Salam

semasa lawatan YB Datin Hjh Fatimah Abdullah ke Kpg Tian

Duduk berbincang bersama YB Datuk Hj Abd Wahab Hj Dolah dan Residen Bahagian Mukah
Turut kelihatan ialah PPD Matu Encik Khalid Aini

Encik Philip meninjau tempat kejadian culvert runtuh di jalan Bruan


Tersenyum lebar nampak... berdiri dalam air semasa banjir melanda matu dulu.
Tahniah diucapkan buat Encik Philip Peter Salam yang telah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Residen (bahagian Sosial) Mukah.




Tuesday, April 7, 2009

Kecil-kecil lagi dah pandai cari rezeki

cukuplah untuk makan tengahari ni



daripada duduk melepak eloklah menjala ikan






Sunday, March 22, 2009

Sasar 1,000 Belia Mahir Selenggara Telefon Bimbit

KUCHING: Kerajaan Negeri bercadang memberi kemahiran membaiki telefon bimbit kepada 1,000 belia di Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan potensi luas dalam bidang perniagaan komunikasi. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Naroden Majais, berkata bagi mencapai sasaran itu, Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera akan memperbanyakkan kursus memperbaiki telefon bimbit khusus kepada golongan belia. "Dalam tempoh dua tahun dari sekarang, kita mensasar menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 belia Bumiputera yang memiliki pengetahuan membaiki dan menyelenggara telefon bimbit," katanya ketika merasmikan penutupan kursus memperbaiki telefon bimbit di Pejabat Biro Wanita, Petra Jaya, di sini, semalam.
Seramai 50 peserta menyertai kursus yang pertama kali dianjurkan unit berkenaan dengan harapan lebih ramai generasi muda di sekitar kawasan ini berminat menyertainya. Naroden berkata, pihaknya melihat penggunaan telefon bimbit yang semakin meluas di kalangan rakyat boleh memberi peluang perniagaan kepada mereka yang mahir memperbaiki dan menyelenggara alat komunikasi berkenaan. "Dengan semakin popularnya telefon bimbit dikalangan semua peringkat umur penduduk di bandar dan luar bandar, permintaan terhadap pembukaan perniagaan berasaskan alat itu akan turut meningkat.
"Pada masa ini masalah utama kepada pengguna telefon bimbit ialah mereka dikenakan bayaran tinggi untuk memperbaiki telefon bimbit walaupun masalah yang dihadapi cuma kecil," katanya. Beliau berkata, masalah itu disebabkan ketika ini hanya sedikit individu yang mahir memberi perkhidmatan itu berikutan tidak ramai memiliki kemahiran berkenaan walaupun perniagaan itu mudah diusahakan serta memerlukan yang modal rendah. "Golongan belia Bumiputera boleh mengurangkan kos awal sekiranya berani menjalankan perniagaan terbabit dari rumah sebelum memiliki premis sendiri setelah perniagaan mereka berkembang. "Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera akan melatih mereka dengan kemahiran asas membaiki telefon bimbit tetapi mereka perlu bersedia menjalani latihan lanjutan di Institut Keusahawanan di Kuala Lumpur nanti," katanya. Sumber : BERITA HARIAN 23.03.2009

Persiapan Membuat Astaka Tilawah Quran





















Kelihatan beberapa orang ahli komuniti bestari kpg Tian, Matu membantu membuat astaka bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Matu yang akan diadakan pada 24 hingga 25 Mac, 2009. Bendahari K-Bestari Tian, berbaju biru sempat karaoke semasa berehat selepas membuat astaka.

Tuesday, March 10, 2009

LIVERPOOL MENANG BESAR


Liverpool telah menang dengan bergaya menewaskan Real Madrid dengan jaringan 4 – 0. Syabas Liverpool , You’ll Never Walk Alone.. WE’RE LIVERPOOL
Penjaring gol kemenangan liverpool
16' Torres
28' Gerrard (PK)
47' Gerrard
85' Andrea Dossena

Maulidur Rasul 1430 H di Masjid Darul Iman Kpg Kuala Matu, Matu